Entry kali ini aku nak kongsikan intipati rancangan Semanis Kurma Episod 14 (2013) iaitu berkaitan Ibu Bapa Genius.
Semoga ia sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan kita semua.
Ibu bapa perlu menerapkan pendidikan dunia & akhirat yang seiring kepada anak-anak.
Perbanyakkan mendengar/membaca bacaan al-Quran sewaktu mengandung, mengajar Al-Quran kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil dan menggalakkan mereka menghafaz & memahami kandungan Al-Quran, kerana Al-Quran itu mempunyai garis panduan lengkap dalam meneruskan kehidupan di dunia & akhirat.
Amalan semasa mengandung:
1- Ibu bapa perlu banyakkan membaca Al-Quran. Antara surah pilihan adalah:
a) Surah Al-Fatihah - untuk terang hati & kuat ingatan
b) Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin & memperoleh anak yang sabar & taat
c) Surah Luqman - untuk melahirkan anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
d) Surah Yusof - untuk melahirkan anak yang cantik rupa & cantik akhlak
e) Surah Al-Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & melahirkan anak yang bersifat lebih berhati-hati
f) Surah Yasin - untuk ketenangan hati & menjauhi ganguan syaitan
2- Jaga kelakuan suami isteri semasa mengandung
3- Banyakkan makan makanan yang menjadi sunnah nabi semasa mengandung seperti kurma, kismis dan minum susu.
Selepas kelahiran:
Ibu perlu menyusukan anak-anak dengan susu ibu (sehingga 2 tahun - atau sehingga yang mampu)
Mengikut kajian sains, lebih banyak anak-anak bermain, lebih banyak mereka belajar.
Anak-anak biasanya belajar melalui 3 kaedah:
1- kinestetik (pergerakan)
2- visual (penglihatan)
3- audio (pendengaran)
Oleh itu, ibu bapa perlu meneroka semua cara tersebut untuk mencari cara manakah yang paling sesuai dengan anak mereka.
Ibubapa perlu kenal anak-anak dengan betul dan didik mereka secara berhikmah.
Hikmah adalah tindakan yang sesuai, dengan orang yang sesuai, kadar yang sesuai & pada waktu yang sesuai. Ia membawa maksud bahawasanya pendekatan terhadap anak-anak adalah berbeza berdasarkan jiwa atau personaliti anak tersebut.
Ibu bapa perlu menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai idola dalam dunia keibubapaan.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (kami perintahkan kepadanya) Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji" -Surah Luqman : Ayat 12
Pendidikan gaya Luqman adalah secara menyeluruh (seimbang dunia & akhirat):
- Iman/Akidah
- Ibadah
- Akhlak
- Dakwah
Menjadikan Luqman sebagai idola dalam mendidik, seorang ayah itu perlu kerap berkomunikasi dengan anak-anaknya (cth: bergurau, nasihat, galakan). Ketahuilah 50 Nasihat yang pernah disampaikan oleh Luqman kepada anaknya.
Moral dari kisah biji sawi di langit & di bumi yang diceritakan oleh Luqman kepada anaknya:
- Luqman menggunakan Perumpamaan dalam mendidik supaya lebih jelas maksud yang ingin disampaikan
- Luqman menanamkan kepada anak-anak nilai dosa & pahala sejak mereka kecil.
Jangan sekat pemikiran anak dengan memberi reaksi supaya anak-anak jangan banyak bertanya, tetapi perlu beri galakan (respon) bagi menjawab semua soalan mereka. Terapkan juga nilai akidah dalam menjawab soalan anak-anak dengan contoh jawapan seperti berikut, "Ini adalah ciptaan Allah.."
Cabaran dalam mendidik anak-anak boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1- Luaran (Cth: hiburan)
2- Dalaman (Cth: pengaruh keluarga dan ibu bapa)
Kita perlu fokus kepada faktor dalaman, kerana dalaman yang baik akan menghasilkan luaran yang baik (konsep inside-out yang diperkenalkan oleh Stephen R. Covey)
Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, kita perlu membekalkan kemahiran kepada anak-anak kita. Ianya bukan sekadar kemahiran dalam akademik, malah kemahiran untuk hidup di dunia & akhirat dengan berjaya. Contoh kemahiran yang perlu diterapkan kepada anak-anak adalah:
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Kemahiran membuat pilihan
- Kemahiran untuk berdikari & bergantung kepada Allah
Seimbangkan dunia & akhrirat dalam didikan anak-anak:
- Perlu niat mendidik anak-anak adalah kerana Allah.
- Kaitkan sesuatu yang duniawi dengan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.
Report Card ibu bapa bukan sekadar pencapaian akademik anak-anak, bukan juga sekadar pekerjaan yang dilakukan oleh anak-anak di dunia, malah ia menjangkau sehingga ke Akhirat kelak, samada anak yang dilahirkan itu mampu menjadi anak yang dirahmati Allah atau sebaliknya.
~Wallahu alam~
Friday, 12 July 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment