Pages

Saturday, 15 June 2013

Kencing manis- Cara Mencegah dan Kaedah Rawatan

Info-info ini adalah sebagai perkongsian maklumat sahaja.
Sila rujuk pakar kesihatan yang bertauliah.

Cara mencegah diabetes (secara umum):

1- Pengambilan makanan dan diet seimbang,
2- Melakukan senaman dengan kerap
3- Mengawasi kadar gula dalam darah
4- Tidak merokok
5- Mengawal berat badan.

Cara mengawal pengambilan makanan bergula secara berlebihan:

1- kawal keinginan membeli makanan bergula, dan tukar keinginan itu kepada buah-buahan dan sayur-sayuran.

2- Banyakkan minum air kosong. Teorinya, minum air kosong ni boleh mencegah keinginan untuk menikmati sesuatu hidangan , baik makanan bergula atau makanan yang lain .
Tapi, dah alang-alang nak menjaga kesihatan , sebaiknya diamalkan minum air suam, bukannya air sejuk.
Kenapa?

"Ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan. Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan. Pengambilan air yang suam pula sebaliknya akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan."

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari (2 liter) adalah mencukupi tetapi adakah ia benar?

Aku terjumpa formula pengiraan keperluan air dalam badan dalam website ni, http://pama.karangkraf.com/mobile/famili/air-kosong-untuk-tubuh-1.115024:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Jadi, berat badan aku ialah 60 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
60kg ÷25kg =2.4 liter.

Jadi, secara kasarnya, betul la pendapat tu untuk aku.

3- Minum teh herba. Teh juga boleh mencegah masalah gigi berlubang dan kanser perut(disebabkan kandungan anti oksidan dalam teh hijau)

4- Mengambil supplemen:

a)vitamin C- mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula.
Contoh sumber semulajadi: buah oren & kiwi.

b) magnesium- membantu mengatur tahap gula dalam darah. Contoh sumber semulajadi: sayuran berdaun hijau , kekacang , bijirin , ikan dan daging

5. Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari .

- Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari , dan mengatur tahap gula di dalam darah . Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat .
- Pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya . Semakin tinggi kandungan serat , semakin lambat gula masuk kedalam aliran darah .
- Pilihlah sayuran hijau sebagai pengganti makanan bergula .

6. Pilihlah makanan daripada bahan pemanis semulajadi seperti madu . Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan . Bahkan , ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa .

7. Jaga keseimbangan hormon tubuh . Gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik . Oleh kerana itu , sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein , kabohidrat dan lemak yang seimbang . Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah. Jadi, sumber tenaga yang lebih stabil dapat dibekalkan kepada badan.

8. Baca label makanan terlebih dahulu. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah:

a) Kadar gula. Ia juga kadangkala disebut sebagai sukrosa , glukosa maltosa , fruktosa dan sebagainya.
b) karbohidrat. Makanan yang tinggi kandungan kabohidrat boleh menyebabkan tubuh badan mendapat gula yang tinggi .
c) Berhati – hati juga dengan makanan yang berlabel sugar free . Ini kerana , kebiasaanya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula . Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula penganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.

Rawatan

1. Rawatan moden.

Matlamat utama dalam rawatan penyakit kencing manis adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah, dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal.

Penyakit kencing manis jenis 1 boleh dirawat dengan pengambilan insulin, senaman dan pemakanan sihat dan seimbang.

Penyakit kencing manis jenis 2 pula boleh dirawat dengan penurunan berat badan, mengamalkan diet sesuai dan aktiviti senaman yang konsisten.

Jika langkah ini gagal mengawal kadar gula darah yang tinggi, ubat-ubatan hospital boleh digunakan.
Jika ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal kadar gula dalam darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.

2. Rawatan penyakit kencing manis dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran seperti berikut:

Surah Al-Anbiya’ ayat 62 hingga 73 Surah An-Nahli ayat 66 hingga 74 Surah Huud ayat 46 hingga 53
Surah Al-Kahfi ayat 28 hingga 44
Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40
Surah Al-Maidah ayat 62 hingga 75

Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut adalah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Anbiya’ dan surah kedua iaitu surah An-Nahli .
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah berikutnya.


Sumber:
1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kencingmanis_70_risikobuta_kudung/Article/
2. http://springsuduce.wordpress.com/
3. http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_05/Merawat-diabetes#ixzz2WLFTJqix
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis

1 comment:

  1. Benar, air penting tuk kehidupan soal air panas/suam itu ada baik buruknya. Baiknya mcm artikel di atas tp yg x baiknya ia sudah mati (air mati) akibat dari haba.

    ReplyDelete