Pages

Tuesday, 16 July 2013

Puasa & Sakit..

Ahad, 14 Julai 2013...
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kelima berpuasa bagi tahun 1434 Hijrah. Cabaran untuk hari ni lebih besar sebab aku terasa badan ni lemah, seakan nak demam.. (takdela sebesar mana pun jika dibandingkan dengan cabaran masa zaman nabi dulu yang terpaksa berperang dalam bulan puasa) Sejak semalam lagi symptom ni aku dah rasa sebenarnya. Ha, tu la..abaikan lagi nasihat cik tunang yang suka ingatkan supaya minum banyak air.

Maaf ye cik tunang, bukan tak percaya, cuma malas nak minum banyak sangat air, kembung je rasanya perut ni... Actually,memang tidak dinafikan, minum banyak air kosong sebelum tidur memang menjadi petua untuk mengelakkan masalah kesihatan especially di bulan Ramadhan ni. Since kita dah berpuasa di siang hari, jadi penghidratan lebih banyak berlaku..So, kena la minum banyak air untuk top-up semula air yang hilang tu. Kalau jumlah air dalam badan kurang, nilah kesannya, tekak kering, rasa nak demam & selsema juga..

Petua menghilangkan sakit kepala: klik sini

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” (Asy-Syura : 30)

Whatever it is, benda dah jadi, so just think positive je.. Aku anggap demam yang aku alami hari ni adalah salah satu nikmat dari Allah yang dikurniakan untuk mengurangkan dosa yang aku lakukan selama ini.
Aku pernah terbaca satu artikel ni,

“Apabila seseorang anak Adam itu sakit, 4 orang malaikat akan hadir kepadanya. Yang pertama, akan mengambil seleranya, yang kedua akan mengambil rezekinya, yang ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (wajah jadi pucat/lesu), dan yang keempat akan mengambil dosanya. Kemudian, apabila telah sampai tempoh anak Adam itu dikembalikan nikmat sihat, 3 perkara yang diambil oleh malaikat pertama hingga ketiga tadi akan dipulangkan semula,  melainkan dosanya..” 
– Wallahu ‘alam..

Perasaan sakit (apa jua jenis sakit) sebenarnya adalah suatu peringatan yang diberikan kepada kita supaya kita sentiasa ingat & patuh kepada-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah : 155)

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” (At-Tawbah : 126)

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” (Al-An’am : 43)

Dan, bila dah sakit ni, perlulah dapatkan rawatan, samada perubatan moden atau perubatan islam. Yang penting, kita perlu percaya bahawa semua kaedah perubatan itu adalah sebagai medium sahaja, kuasa menyembuhkan penyakit itu adalah hak Allah semata-mata.

Alangkah indah sekiranya perasaan sakit yang diuji kepada kita dapat menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah, contohnya melalui pembacaan Al-Quran.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...." (Al-Israa' : 82)

"....Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.." (Al-Baqarah: 186)

Akhir kata, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sakit yang diberikan kepada kita sebenarnya adalah suatu nikmat yang menunjukkan kita berada di bawah pemerhatianNya. Ia juga sebagai satu peringatan bahawa manusia itu tidak sempurna dan supaya kita tidak lalai, leka, bongkak dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

~Wallahu ‘alam~


No comments:

Post a Comment