Salam..
Manusia biasanya belajar sesuatu daripada benda-benda yang berlaku pada persekitarannya.
Begitu juga aku. Hari ni aku dapat tahu, bapa kepada salah seorang staff aku telah ditempatkan di wad selama hampir seminggu (secara tepatnya 5 hari, sewaktu entry ini ditulis), disebabkan masalah jantung rosak. Hmm.. memang aku tak pernah dengar penyakit tu selama ni, so aku ambil sedikit masa untuk google info berkaitan penyakit tu.
Berdasarkan tanda-tanda sakit yang bapa staff aku tu alami, dan aku compare dengan result finding aku tu, kemungkinan paling hampir adalah beliau menghadapi masalah injap jantung rosak. Mungkin, staff aku tu tak berapa dengar doktor yang merawat bapa dia tu sebut perkataan injap masa dimaklumkan keadaan bapa dia tu. By the way, aku bukan doktor untuk sahkan penyakit yang bapa dia alami, cuma mahu tahu sedikit info berkaitan penyakit injap jantung rosak ni. Apakah ia? Punca? Tanda awal? Kaedah rawatan?
So, hasil pembacaan ringkas aku dari sini mendapati:
Jantung mempunyai 4 injap - injap tricuspid, pulmonary (injap sabit), mitral (bicuspid) dan injap aorta (juga injap sabit). Injap-injap ini berfungsi bagi membenarkan aliran darah secara satu hala sahaja.
Injap Jantung Rosak atau dalam bahasa Inggerisnya "Valvular Heart Disease" secara umumnya terbahagi kepada 2,
1- Congenital - ada sejak lahir.
2- Acquired - terjadi selepas lahir disebabkan sebab2 tertentu, biasanya orang dewasa namun kanak2 juga boleh terjadi.
Ada 2 mekanisma yang menyebabkan berlakunya masalah injap jantung rosak ini, iaitu:
1. Stenosis - injap semakin menyempit.
Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya seperti banyak lemak (sclerosis - pengerasan injap), penyakit2 jangkitan dan lain2. Kesannya, ketika darah dipam, injap ini susah nak terbuka, maka jantung perlu mengepam lebih kuat sebab nk push darah tu. Kesannya juga, tekanan darah yang dipam tu meningkat tinggi. Contoh mudah macam paip air getah la, cuba ketika air mengalir kita picit kat hujung bagi jadi kecik/sempit, air memancut lebih kuat kan?
2. Insufficiency - injap semakin lemah/kendur.
Fungsi injap adalah memastikan darah mengalir one-way, so bila darah nak reverse injap akan tertutup menghalang darah. Tetapi dalam kes injap insufficiency ini, injap tak dapat tertutup, so akan ada "regurgitation" iaitu backflow - darah mengalir ke belakang balik. So bila darah mengalir ke belakang, ia akan terkumpul di ruangan jantung sebelumnya semula, so jantung kena pam lebih kuat lagi lah (sebab darah makin banyak). Kedua2nya menyebabkan jantung perlu pam lebih kuat, ianya menambah beban kepada jantung. Lama kelamaan jantung akan semakin kuat dan membesar, diberi nama "hypertrophy", tetapi ini mekanisma kompensatif sementara sahaja. Setelah beberapa ketika, jantung akan semakin penat, ia tak dapat lagi pam dengan kuat. Ia akan menjadi semakin lemah, menyebabkan "lemah jantung" atau istilahnya, heart failure.
Kaedah Rawatan:
Ia bergantung kepada jenis sakit injap jantung yang dihidapi lah. Selain itu faktor2 lain seperti umur pesakit, jantina, penyakit2 lain (kencing manis ke, etc) turut diberi perhatian.
Rawatan mungkin sekadar diberi ubat-ubatan untuk mengawal keadaan.
Jika dalam stenosis, satu prosedur yang diberi nama "balloon valvuloplasty" boleh dibuat (terutamanya jika pesakit muda @ kanak2). Satu "belon" kecil akan dimasukkan ke dalam salur darah aorta (biasanya dari arteri femoral di pangkal paha), menuju ke injap yang tersempit tersebut. Seterusnya setelah tiba, belon tersebut dikembangkan, sekaligus membuka injap tersebut agar tak sempit lagi.
Rawatan gantian injap (valve replacement) biasanya diberikan sekiranya pesakit masih belum ke tahap lemah jantung (heart failure). Ianya satu major surgery yang ada risiko yang agak tinggi (Open Heart Surgery). Dalam rawatan ini, injap jantung yang lama akan dipotong dan digantikan dengan injap baru. Injap baru biasanya ada 3 jenis - artificial/sintetik, bovine (diambil dari injap jantung lembu), atau porcine (diambil dari injap babi).
Tindakan / Cara Mencegah / Cara mengelakkan penyakit dari bertambah serius:
1. Elakkan dari aktiviti fizikal yang kuat
2. Elakkan dari stress. Jaga pemakanan. Buat appointment dengan doktor secara berkala untuk monitor tahap perkembangan penyakit.
Sumber:
http://komuniti.iluvislam.com/topic/6535-injap-jantung-rosak/
Saturday, 22 June 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai umur saya 18 saya selalu mengalami sakit dada pada waktu malam. Selalu sesak nafas jika waktu malam dan waktu bejalan. Tangan saya selalu penat sampai ke bahu bila sakit dada datang. Saya sudah check. Ke doktor tapi doktor memberitahu jantung normal. Paru-paru bersih tiada gastrik tapi kenapa saya sakit dada bila penat saya akan berasa kesal dengupan jantung selalu laju
ReplyDeleteSaya rasa awak mungkin mengalami anxiety kot
ReplyDeleteBerapa kos pembedahan menukar injap
ReplyDeletex prnh dengar lagi oranh tukar injap tapi boleh digunakan alat yang sama sifat dengan injap ii tersebut.
DeletePenah dgr Doktor cakap dlm RM35000 kat Hospital Swasta
ReplyDeleteMahalnya kos bedah injap..sy salah seorg pesakit injap jantung rosak (pintu injap lemah), semenjak umur 6 tahun..
ReplyDeleteApakah pemakanan yang bole dimakan oleh ole pesakit yang mengalami injap jantung rosak? ... Dan makanan apakah yang dilarang untuk makan?
ReplyDeleteSy seorg pesakit masalah injap...jaga makan..exercise...suplemment 4life transfer factor..itu yg sy amalkan ...rujuk doc secara berkala....kos tukar injap skrg 80k..utk 2injap yg rosak...kritikal baru doc akn tukar..sblm tu..rawatan spt ptmc dan sbgainya
ReplyDelete