Pages

Tuesday, 30 July 2013

Menghubungkan ayat dan surah

22 Ramadhan 1434H @ 31 Julai 2013 (Rabu, 06:00 am) Ini lah waktunya, permulaan projek terbaru aku.

Semasa sedang membaca al-Quran pagi itu, aku tertanya-tanya maksud ayat yang dibaca. Lalu aku mencari terjemahannya. Lantas aku tertanya-tanya pula makna terjemahan itu, kemudian aku mencari kitab tafsir untuk mengetahui cerita penuh disebalik ayat tersebut. Perasaan ingin tahu ini kemudiannya terus bercambah. Aku ingin mengetahui dan memahami keseluruhan isi kandungan al-Quran! 





“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(Al-Alaq: Ayat 1-5)

A friend of mine said, "tak perlu kaji sedalam tu.. cukuplah dengan mengetahui Al-Quran itu adalah peringatan dari Pencipta untuk makhluk ciptaanNya". 

Aku berfikir sejenak..dan aku menafikannya. Tak! Ia lebih dari sekadar itu..Sebagaimana yang pernah aku belajar sebelum ni, kitab Al-Quran adalah sebuah kitab yang lengkap. Ia mengandungi kisah-kisah umat terdahulu (sebagai peringatan, amaran, peraturan, petunjuk, teladan), kisah penciptaan alam (binatang, planet, dll) (sebagai inspirasi kita dalam meneruskan kehidupan), doa (sebagai penawar kepada penyakit), rahmat dan lain-lain keistimewaan.


"Sesungguhnya Al-Quran ini memberi pertunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal salih, bahawa mereka beroleh pahala yang besar"
(Al-Isra: Ayat 9)


“Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.”
(Al-Isra: Ayat 82)


“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.”  
(Al-Baqarah: Ayat 185)

"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)"
(Al-An’am: Ayat 38)

Aku amat yakin al-Quran ada di setiap rumah orang Islam. Persoalannya, adakah al-Quran itu sekadar disimpan atau disusun rapi? Atau adakah ia dibaca? dan kalau ia dibaca sekalipun, adakah kita faham terhadap apa yang dibaca itu dan mengambil iktibar dari firman Allah tersebut? Aku sendiri selama ini termasuk dalam kalangan orang yang membaca al-Quran tetapi hanya memahami sangat sedikit dari keseluruhan Al-Quran itu.


Dan berkatalah rasul : “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini sebagai suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”
(Al-Furqan: Ayat 30)

Aku mengetahui bahawa dengan menyebut satu huruf dari al-Quran sahaja pun (walaupun tidak memahami maksudnya) sudah mendapat ganjaran dari Allah. 


"Kamu mungkin tidak mengerti dan tak memahami atau ingat segalanya berkenaan kandungan Al-Quran, tetapi apabila kamu membacanya, tanpa kamu sedar kamu akan berubah, luar dan dalam. Itu adalah kerja Allah dalam kehidupan kita"
(Unknown)

“Sesiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu hasanah (kebaikan) dan satu hasanah itu sama dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Namun, aku mahu lebih dari itu. Aku mahu faham keseluruhan al-Quran!

Teringat aku akan buku-buku dirumahku yang agak banyak, dan setiap kali aku membaca buku-buku tersebut, aku akan cuba memahami apa yang disampaikan dalam buku-buku itu. Tetapi mengapa tidak al-Quran? Sesungguhnya, al-Quran itulah yang lebih agung dari buku-buku lain, memandangkan ia adalah kalam Allah!

Aku nekad untuk berusaha untuk mewujudkan indeks bagi keseluruhan isi kandungan al-Quran ini. Aku tahu, usaha ini bukan mudah. Bukan sedikit masa yang diperlukan untuk menghubungkaitkan 114 surah yang keseluruhannya berjumlah 6236 ayat. Mungkinkah masa yang diluangkan untuk projek ini nanti akan dikira sia-sia di sisi Allah? Aku tak pasti tentang itu. Itu adalah hak Allah. Aku sebagai hambaNya hanya boleh berdoa dan berharap agar usaha ini beroleh manfaat dari Allah s.w.t. 

Yang pasti, biar berapa lama sekalipun masa yang diperlukan (biarpun seumur hidupku) untuk melengkapkan keseluruhan hubungkait 6236 ayat-ayat ini, aku akan tetap berusaha untuk melengkapnya, supaya aku tahu dan faham keseluruhan isi kandungan Kitab Suci ini, agar aku boleh memanfaatkan ilmu yang diperoleh darinya untuk meneruskan kehidupanku supaya sentiasa mematuhi kehendakNya. 


Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(Al-Hijr’: Ayat 9)


Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya.

~Wallahu A'lam~

Friday, 19 July 2013

Sistem Pengurusan Data

Office aku hari ni gempar dengan masalah hard disk rosak..Habis data-data dalam komputer officemate aku tu hilang dan tak dapat di-recover. Kesian memang kesian, tapi nak buat macammana, dia pun tak buat back-up data-data tu sebelum ni. 



So, aku kongsi dengan dia (dan juga korang) mengenai cara aku simpan data dan buat data sokongan (back-up) supaya kita tak hilang keseluruhan data sekiranya terjadi apa-apa masalah kepada komputer kita.

Sekarang ni kebanyakan dari kita lebih gemar menyimpan data dalam bentuk softcopy. Samada gambar, fail-fail kerja, atau pun fail-fail peribadi. Temasuklah aku. Simpan data dalam bentuk digital ni ada beberapa kelebihan yang mana penggunaan kertas untuk print dapat dikurangkan. Jadi, lagi menjimatkan & environmental friendly. Selain tu, data-data dapat disimpan dalam folder yang memudahkan kita untuk menguruskan data tersebut. 

Andai kata fail-fail kita terlalu banyak, dan kita dah lupa, dalam  folder mana yang kita simpan, kita boleh guna search function yang memang sedia ada dalam Windows, ataupun kita boleh guna aplikasi berasingan. Aku selalu guna Ultra Search, capaian dia lagi meluas dan kita boleh pilih dari drive mana yang kita nak search. Kalau nak download, boleh klik sini.

Ada beberapa masalah simpan data dalam bentuk digital ni:
1- Data boleh di-copy oleh orang lain.
2- Data boleh rosak @ corrupt disebabkan dijangkiti virus.
3- Data boleh hilang disebabkan drive (hard disk / thumb drive) rosak @ hilang.

Penyelesaian untuk masalah 1 & 2 tu mudah. Cuma letak password dalam fail kita tu. Boleh pilih function untuk letak password kalau kita guna Microsoft Office, ataupun kita install free application lain, contohnya LockDir. (Klik sini untuk download).. So, orang yang copy data kita tu, tak dapat view data-data kita tu, melainkan kalau dia dapat hack password kita. So, make sure password kita tu unik (gabungan huruf dan nombor). 



Untuk masalah data dijangkiti virus, kita cuma perlu install anti-virus dalam komputer kita. Lagi baik kalau install Anti Virus dan Internet Security sekali.. Andaikata kita guna komputer orang lain untuk transfer data ke dalam thumb drive kita, jangan klik Open Removable Disk secara terus (atau dari Autoplay Window), tetapi mesti amalkan buka thumb drive tu melalui My Computer , then klik kanan pada thumb drive kita, dan pilih open.. Ada juga beberapa cara lain untuk protect thumb drive kita, tapi kalau konsisten ikut cara ni, insya Allah Removable disk kita tu akan terselamat dari dijangkiti virus dari komputer orang lain.

Ok, back to the topic, solution untuk elakkan data hilang sepenuhnya, kita boleh buat copy dalam beberapa salinan - dalam thumb drive, dalam external hard disk, dalam komputer sendiri (kat rumah), dan dalam komputer office.. Ni aku nak share cara aku simpan data.

 Ada dua folder utama, MASTER COPY & BACK-UP COPY. 
Master copy tu untuk fail utama yang aku selalu update, & Back-up tu adalah data yang dibuat salinan dan diletakkan tarikh supaya kita tahu bila tarikh akhir kita buat back-up data tu. Kat mana nak simpan MASTER COPY dan BACK-UP COPY ni? Terpulang pada keselesaan anda untuk buat kerja... Cara aku,
a) Data peribadi (yang selalu update):
Master Copy       - Thumb drive
Back-Up Copy 1- Komputer peribadi (update : 1 minggu sekali)
Back-Up Copy 2- External Hard disk (update : 1 bulan sekali)
Back-Up Copy 3- Komputer Office (update : 1 bulan sekali)

b) Gambar & Data peribadi (yg jrg update):
Master Copy      - Komputer Peribadi
Back-Up Copy 1- External Hard disk (update: 1 bulan sekali)
Back-Up Copy 2- Komputer Office (update : 1 bulan sekali)

c) Urusan kerja - Master Copy - Komputer Office
                           Back-Up Copy 1- Thumb Drive (update : 1 minggu sekali)
                           Back-Up Copy 2- External Hard disk (update : 1 bulan sekali)

Kenapa banyak buat back-up copy? sebab semua storage tu ada kemungkinan untuk hilang (tersalah letak atau diambil orang), atau rosak. Dan tak mustahil, drives tu rosak sekaligus. So, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Buat masa ni, aku tak guna lagi storan awan (cloud storage) untuk simpan data; risau pula kalau data/gambar tu kena hack dengan orang lain. Sebabnya cloud storage tu lebih terdedah kepada awam compare to personal drive yang kita punya sendiri. Even yang kita punya sendiri pun, jangan lupa untuk letak password dalam folder kita yang agak Private & Confidential supaya tak diceroboh oleh orang lain nanti.

~Wallahu 'Alam~ 





Tuesday, 16 July 2013

Puasa & Sakit..

Ahad, 14 Julai 2013...
Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kelima berpuasa bagi tahun 1434 Hijrah. Cabaran untuk hari ni lebih besar sebab aku terasa badan ni lemah, seakan nak demam.. (takdela sebesar mana pun jika dibandingkan dengan cabaran masa zaman nabi dulu yang terpaksa berperang dalam bulan puasa) Sejak semalam lagi symptom ni aku dah rasa sebenarnya. Ha, tu la..abaikan lagi nasihat cik tunang yang suka ingatkan supaya minum banyak air.

Maaf ye cik tunang, bukan tak percaya, cuma malas nak minum banyak sangat air, kembung je rasanya perut ni... Actually,memang tidak dinafikan, minum banyak air kosong sebelum tidur memang menjadi petua untuk mengelakkan masalah kesihatan especially di bulan Ramadhan ni. Since kita dah berpuasa di siang hari, jadi penghidratan lebih banyak berlaku..So, kena la minum banyak air untuk top-up semula air yang hilang tu. Kalau jumlah air dalam badan kurang, nilah kesannya, tekak kering, rasa nak demam & selsema juga..

Petua menghilangkan sakit kepala: klik sini

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” (Asy-Syura : 30)

Whatever it is, benda dah jadi, so just think positive je.. Aku anggap demam yang aku alami hari ni adalah salah satu nikmat dari Allah yang dikurniakan untuk mengurangkan dosa yang aku lakukan selama ini.
Aku pernah terbaca satu artikel ni,

“Apabila seseorang anak Adam itu sakit, 4 orang malaikat akan hadir kepadanya. Yang pertama, akan mengambil seleranya, yang kedua akan mengambil rezekinya, yang ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (wajah jadi pucat/lesu), dan yang keempat akan mengambil dosanya. Kemudian, apabila telah sampai tempoh anak Adam itu dikembalikan nikmat sihat, 3 perkara yang diambil oleh malaikat pertama hingga ketiga tadi akan dipulangkan semula,  melainkan dosanya..” 
– Wallahu ‘alam..

Perasaan sakit (apa jua jenis sakit) sebenarnya adalah suatu peringatan yang diberikan kepada kita supaya kita sentiasa ingat & patuh kepada-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” (Al-Baqarah : 155)

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” (At-Tawbah : 126)

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” (Al-An’am : 43)

Dan, bila dah sakit ni, perlulah dapatkan rawatan, samada perubatan moden atau perubatan islam. Yang penting, kita perlu percaya bahawa semua kaedah perubatan itu adalah sebagai medium sahaja, kuasa menyembuhkan penyakit itu adalah hak Allah semata-mata.

Alangkah indah sekiranya perasaan sakit yang diuji kepada kita dapat menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah, contohnya melalui pembacaan Al-Quran.

"Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman...." (Al-Israa' : 82)

"....Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku.." (Al-Baqarah: 186)

Akhir kata, Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, sakit yang diberikan kepada kita sebenarnya adalah suatu nikmat yang menunjukkan kita berada di bawah pemerhatianNya. Ia juga sebagai satu peringatan bahawa manusia itu tidak sempurna dan supaya kita tidak lalai, leka, bongkak dalam meneruskan kehidupan di dunia ini.

~Wallahu ‘alam~


Friday, 12 July 2013

Ramadhan Datang Lagi

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, apabila tiba bulan Rejab Rasulullah SAW berdoa yang bermaksud:
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani)


Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. Ramadhan kali ini InsyaAllah menjadi ramadhan terakhir yang aku sambut dengan status bujang. Tahun depan InsyaAllah akan sambut bersama isteriku. Dalam waktu bersendiri ini, aku ingin mengambil peluang mendekatkan diri kepada Allah.

Aku ingin mengajak kalian semua melaksanakan ibadah sebanyak yang mampu, dan memanfaatkan kelebihan yang diturunkan dalam bulan istimewa ini. Antara ibadah yang sinonim dengan bulan ini adalah berpuasa, khatam al-Quran, solat terawih & bersedekah.



Entry kali ini aku nak kongsikan beberapa kelebihan bulan ini berbanding bulan-bulan lain supaya kita lebih bersemangat untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada perintahNya. Ia juga bertepatan dengan khutbah jumaat yang pernah aku dengar sebelum ini, yang menggalakkan supaya kelebihan bulan Ramadhan ini diwar-warkan supaya dapat memberi ransangan dan semangat dalam mengharungi bulan ini.

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah”. (Surah al-Baqarah, 185).

"Wahai orang-orang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa" (Surah al-Baqarah : 183)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.”(Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: 

“Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorang pun melainkan mereka sahaja. Dipanggil: ‘Siapakah orang yang berpuasa?’ Lalu orang yang berpuasa pun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.” (Riwayat al-Bukhari)

Ibnu Abbas RA menceritakan:

“Rasulullah SAW ialah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan di saat beliau  bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al-Quran. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” 
(Riwayat al-Bukhari)

Rasullullah s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu” (Riwayat Bukhari)





Semanis Kurma : Ibu Bapa Genius

Entry kali ini aku nak kongsikan intipati rancangan Semanis Kurma Episod 14 (2013) iaitu berkaitan Ibu Bapa Genius.

Semoga ia sedikit sebanyak dapat dijadikan rujukan kita semua.



Ibu bapa perlu menerapkan pendidikan dunia & akhirat yang seiring kepada anak-anak. 
Perbanyakkan mendengar/membaca bacaan al-Quran sewaktu mengandung, mengajar Al-Quran kepada anak-anak sewaktu mereka masih kecil dan menggalakkan mereka menghafaz & memahami kandungan Al-Quran, kerana Al-Quran itu mempunyai garis panduan lengkap dalam meneruskan kehidupan di dunia & akhirat.

Amalan semasa mengandung:

1- Ibu bapa perlu banyakkan membaca Al-Quran. Antara surah pilihan adalah:
a) Surah Al-Fatihah - untuk terang hati & kuat ingatan
b) Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin & memperoleh anak yang sabar & taat
c) Surah Luqman - untuk melahirkan anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
d) Surah Yusof - untuk melahirkan anak yang cantik rupa & cantik akhlak
e) Surah Al-Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & melahirkan anak yang bersifat lebih berhati-hati
f) Surah Yasin - untuk ketenangan hati & menjauhi ganguan syaitan

2- Jaga kelakuan suami isteri semasa mengandung

3- Banyakkan makan makanan yang menjadi sunnah nabi semasa mengandung seperti kurma, kismis dan minum susu.

Selepas kelahiran:

Ibu perlu menyusukan anak-anak dengan susu ibu (sehingga 2 tahun - atau sehingga yang mampu)

Mengikut kajian sains, lebih banyak anak-anak bermain, lebih banyak mereka belajar.

Anak-anak biasanya belajar melalui 3 kaedah:
1- kinestetik (pergerakan)
2- visual (penglihatan)
3- audio (pendengaran)
Oleh itu, ibu bapa perlu meneroka semua cara tersebut untuk mencari cara manakah yang paling sesuai dengan anak mereka.

Ibubapa perlu kenal anak-anak dengan betul dan didik mereka secara berhikmah.
Hikmah adalah tindakan yang sesuai, dengan orang yang sesuai, kadar yang sesuai & pada waktu yang sesuai. Ia membawa maksud bahawasanya pendekatan terhadap anak-anak adalah berbeza berdasarkan jiwa atau personaliti anak tersebut.

Ibu bapa perlu menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai idola dalam dunia keibubapaan.

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (kami perintahkan kepadanya)  Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu). Dan sesiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji"        -Surah Luqman : Ayat 12


Pendidikan gaya Luqman adalah secara menyeluruh (seimbang dunia & akhirat):
- Iman/Akidah
- Ibadah
- Akhlak
- Dakwah

Menjadikan Luqman sebagai idola dalam mendidik, seorang ayah itu perlu kerap berkomunikasi dengan anak-anaknya (cth: bergurau, nasihat, galakan). Ketahuilah 50 Nasihat yang pernah disampaikan oleh Luqman kepada anaknya.

Moral dari kisah biji sawi di langit & di bumi yang diceritakan oleh Luqman kepada anaknya:
- Luqman menggunakan Perumpamaan dalam mendidik supaya lebih jelas maksud yang ingin disampaikan
- Luqman menanamkan kepada anak-anak nilai dosa & pahala sejak mereka kecil.

Jangan sekat pemikiran anak dengan memberi reaksi supaya anak-anak jangan banyak bertanya, tetapi perlu beri galakan (respon) bagi menjawab semua soalan mereka. Terapkan juga nilai akidah dalam menjawab soalan anak-anak dengan contoh jawapan seperti berikut, "Ini adalah ciptaan Allah.."

Cabaran dalam mendidik anak-anak boleh dibahagikan kepada dua kategori:
1- Luaran (Cth: hiburan)
2- Dalaman (Cth: pengaruh keluarga dan ibu bapa)
Kita perlu fokus kepada faktor dalaman, kerana dalaman yang baik akan menghasilkan luaran yang baik (konsep inside-out yang diperkenalkan oleh Stephen R. Covey)

Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab, kita perlu membekalkan kemahiran kepada anak-anak kita. Ianya bukan sekadar kemahiran dalam akademik, malah kemahiran untuk hidup di dunia & akhirat dengan berjaya. Contoh kemahiran yang perlu diterapkan kepada anak-anak adalah:
- Kemahiran menyelesaikan masalah
- Kemahiran membuat pilihan 
- Kemahiran untuk berdikari & bergantung kepada Allah

Seimbangkan dunia & akhrirat dalam didikan anak-anak:
- Perlu niat mendidik anak-anak adalah kerana Allah.
- Kaitkan sesuatu yang duniawi dengan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.

Report Card ibu bapa bukan sekadar pencapaian akademik anak-anak, bukan juga sekadar pekerjaan yang dilakukan oleh anak-anak di dunia, malah ia menjangkau sehingga ke Akhirat kelak, samada anak yang dilahirkan itu mampu menjadi anak yang dirahmati Allah atau sebaliknya.

~Wallahu alam~



Saturday, 6 July 2013

Re-allignment tayar..again!

Kronologi kes tayar kereta aku..
1 Jun : Tukar 2 biji tayar depan + allignment

28 Jun: Adjust Allignment semula..

Aku rasa allignment kereta aku macam lari sebab kereta asik ke kiri kalau lalu di jalan yang lurus & permukaan yang agak sekata. So, balik dari kerja hari tu aku terus singgah di workshop yang aku tukar tayar hari tu. Lepas mekanik tu check guna mesin dia, ternyata memang allignment lari. Yang paling teruk, 4 tayar, semua allignment lari!

Haish.. Kalau la aku buat analisa Why-Why (Fishbone Diagram) masa nak tukar tayar tu, takdela masalah sama berulang lagi dalam masa terdekat je.. Well, punca kepada allignment lari tu sebenarnya sebab camber lari, then punca kepada camber lari tu baru sebab langgar lubang. Tengok, disebabkan tak menyelesaikan punca sebenar kepada masalah yang berlaku, aku dah kene buat allignment semula. Mekanik tu kata, kalau tak repair camber ni, tayar akan makan dalam? haaaa? (Sebenarnya aku was-was gak samada mesin dia tu betul ke tak, ada buat calibration ke tak, siapa yang approve-kan mesin dia tu..)

Makan dalam (or in proper word, haus sebelah dalam), sama dengan keadaan tayar aku sebelum ni la..
Ikut info dari pomen tu, semua kereta yang baru keluar kilang (apa-apa jenama pun), cuma ada chamber nut kat belakng je, kat depan memang takde..so memang kene tambah la.

Fikir punya fikir, aku cakap dekat mekanik tu nak buat service tu next time (so sempat la aku nak study or survey dulu hal2 berkaitan camber ni..hehe). Aku mintak dia adjust je dulu, Rupa-rupanya, camber belakang je dia boleh adjust, yang depan katanya tak boleh, sebab tu yang standard punya..kena tukar camber nut dulu. Hmm..macam2..

Nasib baik foreman tu kata service yang dia buat tu free je, tiada charge.. Alhamdulillah..Thanks, see you next time!

A week later (6 Julai)..

Hari ni aku singgah workshop kereta lagi, nak tambah 2 biji camber nut untuk tayar depan (RM 35 x 2), adjust camber belakang (RM 15 x 2), buat allignment tayar depan & belakang (RM 12x2) & balancing 4 tayar (RM 8x4). Hmm, Tinggi juga kos maintenance kereta ni, so next time kene drive hati-hati supaya dapat kurangkan langgar lubang kat jalan-jalan Port Klang, tempat aku kerja tu.

Ohh, sebelum balik tadi, mekanik tu siap pesan untuk standy duit sebab katanya tayar belakang pun nak nampak tanda2 nak haus.. siap suruh aku rasa, ada "longkang" dekat permukaan tepi tayar tu..

Lagi, tips lain penjagaan tayar:
  1. Buat tyre rotation (pusingan tayar), or dengan kata lain, tukar kedudukan tayar (depan dengan belakang) setiap 10,000 km supaya tayar makan sama rata depan & belakang. 
  2. Selalu periksa samada kereta bergerak lurus kalau berada di jalan yang lurus & permukaan sekata dengan cara melepaskan steering - kalau kereta bergerak lurus lebih kurang 1 tiang elektrik boleh consider allignment ok lagi. Nak lagi tepat, periksa kat kedai, tapi kena hati-hati supaya tak tertipu dengan mekanik kat kedai.
  3. Peka samada steering bergegar atau tak, especially masa bawa laju (lebih 100 km/j) . Kalau bergegar teruk, may be nak kena buat tyre balancing (or timbang tayar) semula.
  4. Periksa keadaan tekanan angin tayar supaya semua tayar dalam spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar (ada guideline kat pintu driver-sebelah dalam). Tekanan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan tayar haus kat tengah je, dan tekanan yang rendah pulak boleh menyebabkan tayar haus kat tepi je. Tekanan angin yang tak seimbang ni juga menyebabkan enjin jadi lebih berat & menyebabkan penggunaan petrol (fuel consumption) jadi tinggi.
  5. Last but not least, pastikan tayar yang pernah ditampal (sebab bocor, pancit, dll) or agak botak tak diletakkan kat depan (jadi, nak buat pusingan tayar pun kena ambil kira hal ni juga), sebab tayar depan yang jadi pemacu pergerakan kereta kita. Maknanya, tayar depan mesti berada dalam keadaan yang tip-top sebab tayar depan perlu kerja lebih keras compare to tayar belakang...
Wallahu'alam..