Pages

Wednesday, 17 October 2012

Panduan Tawar menawar

Ada beberapa tips atau panduan bagi membuat proses tawar menawar bagi tujuan membeli sesuatu barangan atau mendapatkan sesuatu servis dengan harga yang lebih rendah atau berpatutan.

1- Fikirkan harga yang rasional - bukan sekadar murah; 

Jangan malu untuk tawar menawar. Yang penting kita tahu harga purata untuk barangan atau servis tersebut. Untuk itu, buat kajian terlebih dahulu terhadap harga produk atau servis yang dinginkan.

2- Sentiasa bersikap mesra

Nama pun nak mintak murah, so banyakkan la senyuman. Siapa yang nak layan kalau dah muka masam je. Amalkan sikap optimistik, sopan dan bersabar. Anda akan dapat harga yang berpatutan sekiranya individu yang mengawal harga atau penjual menyukai anda.



3- Elakkan tuntunan umum

Kalau anda minta diskaun depan orang ramai dan penjual memberi diskaun, nescaya orang ramai yang berada di sekitar akan turut minta diskaun, akhirnya penjual akan pening kepala...
Jadi, moralnya, buatlah tawaran harga dengan penjual jauh dari orang lain supaya penjual lebih fleksibel terdapat harga yang anda minta.

4- Tanya tentang tambahan penurunan harga.

5- Tanya sekiranya terdapat kupon

Sumber: http://couponing.about.com

No comments:

Post a Comment