Seorang kenalan lama menelefon aku hari ni:
“kenapalah bosan sangat hidup aku ni,
hari-hari kena buat rutin harian yang sama! Bangun tidur, kerja, balik kerja,
tidur…bla..bla..bla..Kadang-kadang aku rasa hidup aku ni kosong, static je.
Bukan setakat tak menyumbang untuk orang lain, untuk aku sendiri pun takde
kemajuan...” Luahnya.
Aku kemudiannya berseloroh:
“Ops, nanti dulu.. Jangan terus salahkan
persekitaran. Aku tahu perasaan tu, tapi apakata kau luaskan horizon pandangan kau..bla..bla..bla…”
Macam ni, pada pendapat aku, mereka yang
merasakan bosan dengan rutin harian yang sama adalah mereka yang hanya melihat kehidupan dari ruang pandang yang umum dan menyeluruh, tidak
secara mendalam dan terperinci. Dan kalau terperinci sekalipun, tidak dikaitkan
dengan kehidupan sendiri.
Kehidupan adalah suatu perjalanan yang
tidak mungkin tamat sebelum tibanya kematian. Proses kehidupan itu adalah seni.
Justeru, walaupun perjalanan itu tampak sama setiap hari, namun ia sebenarnya
adalah unik. Pasti ada jua bezanya, walaupun sedikit. Perbezaan sedikit inilah
sekiranya diberi tumpuan, akan memberi kesan besar kepada rentak kehidupan
kita. Ia mampu menceriakan wajah kehidupan kita yang mungkin telah suram.
Caranya mudah, ubah cara pandang kita, atau istilah yang lebih tepat:
Ubah cara berfikir kita!
Ubah cara berfikir kita!
Sekadar gambar hiasan
Cara berfikir yang aku maksudkan di sini
adalah reflective thinking, iaitu
kita kaitkan apa yang kita lihat dan apa yang kita dengar dari persekitaran
kita dengan hidup kita, samada ia mengimbau kembali kenangan kita atau ia
dijadikan inspirasi mahupun tauladan buat kita. Malah, pemikiran sebegini akan
meningkatkan lagi daya pemikiran kita, kerana kita bukan sahaja menilai perkara
yang berlaku di sekeliling kita dari sudut tersurat, malah mengkaji atau membuat
andaian dari perspektif yang tersirat.
Sebagai contoh, setiap hari kita melalui
jalan yang sama untuk pergi dan balik kerja. Perjalanan pula mungkin mengambil
masa lebih dari 15 minit dan kita rasakan rutin harian sebegitu adalah
membosankan. Cuba kita amalkan cara pemikiran bersifat reflective thinking, nescaya kita akan jadi orang yang lebih
prihatin terhadap sekeliling kita. Kita akan sedar beberapa peristiwa / keadaan
yang berlaku sepanjang perjalanan hari tersebut tidak sama dengan peristiwa /
keadaan hari semalam. Dan dari situlah
kita olah keadaan itu dan kaitkan dengan hidup kita samada sesuai untuk
dijadikan pengajaran atau motivasi.
Tu baru sewaktu dalam perjalanan, belum
lagi masuk aktiviti semasa bekerja. Aku yakin, pasti ada keunikan setiap
hari-hari yang dilalui.
Ia mungkin agak complicated, tapi hasilnya sangat memberansangkan. Inilah yang
dinamakan seni berfikir. Malah, menurut pakar motivasi, reflective thinking
adalah salah satu cara pemikiran yang diamalkan oleh orang yang telah berjaya
dalam kehidupannya.
Akhir kata, sentiasalah kita berusaha agar
hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini.
Semoga dengan cara pemikiran sebegini akan membuatkan hidup kita menjadi lebih
indah kerana wujud kesinambungan yang dinamik dalam rentetan aktiviti harian
kita.
Wallahu ‘Alam~
MFA
42000 PK