Pages

Tuesday, 25 June 2013

Menjadi lelaki yang lebih baik

Ya, aku adalah lelaki. Jadi entry kali ini berkaitan dengan diri aku & halatuju aku sebagai lelaki. Juga sesuai untuk lelaki-lelaki lain yang sentiasa ada semangat continuous improvement dalam diri mereka. Ada beberapa perkara yang aku atau mana-mana lelaki especially yang bergelar suami perlu lakukan dalam hidup ni.


Tapi sebelum pergi ke list perkara tersebut, ada beberapa nas atau dalil berkaitan lelaki yang aku nak kongsi di sini – untuk peringatan aku dan kita semua.

1.       “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”.
(an-Nisa’: 34)

2.       “Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya”
(al-Baqarah : 233)

3.      Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya”
(Riwayat Al-Bukhari)

4.     Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’)


Ok, kepada semua lelaki, jom jadikan perkara-perkara atau ciri-ciri di bawah ni sebagai halatuju sebagai seorang mukmin sejati atau KPI (Key Performance Index) kita, selagi mana kita bernafas di dunia ni..

1. Melaksanakan perintah agama. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.     
    Menjaga aurat dan memakai pakaian yang sopan walaupun ketika bersukan.

2. Berakhlak baik, iaitu berperwatakan tegas, tetapi juga seorang yang lembut dan mudah 
    bertolak-ansur. sopan dalam pertuturan.

3. Tegas dalam mempertahankan maruah. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan 
     kredibiliti diri sendiri.

4.  Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.  Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Menjaga batas pergaulan, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun berkemampuan untuk 
    berbuat sedemikian.

8.  Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Seseorang itu biasanya sangat mudah terpengaruh dengan 
     perilaku orang yang bergaul dengannya. (Bersahabatlah dengan orang yang soleh, tapi tidak 
     meminggirkan orang yang jahil)  

9. Bertanggungjawab. Bukan sahaja bertanggungjawab terhadap diri sendiri, malah juga terhadap keluarga 
    dan ibu bapa kita.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa menghadapi masalah.

 
Untuk pengetahuan korang, list ni aku dapat dari sini dengan sedikit pengubahsuaian.

Wallahu 'alam~~

No comments:

Post a Comment