Pages

Saturday, 29 June 2013

Karnival Kerja Kahwin 2013

aku sebenarnya mmg pernah terfikir nak pergi ke karnival tu. saje je nk jln2 & dapatkan insporasi dekorasi serta design2 baru yg tgh hot sekarang..mana la tau boleh implement untuk majlis aku nanti. huhu~~ tapi apakan daya, aku masih lg di kuantan hari ni sampai 1 july ni atas urusan rasmi syarikat. takpelah, redha je.. may b boleh pergi event lain on the next time. sepatutnya hari ni pgrm aku start pukul  8pg..tp officer dr HQ mintak tangguh ke pukul 10 pg. so, ternganga je la dpn tv lepas breakfast td. masa breakfast td berborak ngn sorang brother kerja kastam.. dia ambik anak dia dari mrsm kuantan ri ni, & nak bwk pergi jalan2. teringat pulak aku zaman aku belajar kt mrsm jasin dulu..mmg nostalgia! aku dulu survive & travel sorang2 je kat sana kalo nk blk kg. melaka to pahang.. jauh tu beb, 5 jam kot. masa tu baru umr 16 tahun. tapi aku percaya, tu adalah salah satu cara untuk aku jd lebih berdikari. lgpun, bukanlah big deal sgt, sbb aku dari form 1 lg dah duduk hotel, 2 minggu sekali naik bas ting tong blk kg.  tapi kalo dari jasin, aku kene naik bas ekspres kalo nk blk kg. perjalanan selama lebey kurang 5 jam tu mmg memenatkan especially kalau dpt bas buruk, absorber yg dh nk out..mmg bergegak teruk je sepanjang perjalanan. tp tak kalau dpt naik bas baru, mmg x terasa 5 jam tu.. tp tu dulu, sekarang aku dah lama tak naik bas ekspres, lg selesa guna kenderaan sendiri kalau nk g mana2 pn.

Tuesday, 25 June 2013

Menjadi lelaki yang lebih baik

Ya, aku adalah lelaki. Jadi entry kali ini berkaitan dengan diri aku & halatuju aku sebagai lelaki. Juga sesuai untuk lelaki-lelaki lain yang sentiasa ada semangat continuous improvement dalam diri mereka. Ada beberapa perkara yang aku atau mana-mana lelaki especially yang bergelar suami perlu lakukan dalam hidup ni.


Tapi sebelum pergi ke list perkara tersebut, ada beberapa nas atau dalil berkaitan lelaki yang aku nak kongsi di sini – untuk peringatan aku dan kita semua.

1.       “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka”.
(an-Nisa’: 34)

2.       “Dan kewajipan ayah (suami) memberi makan minum dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang sepatutnya”
(al-Baqarah : 233)

3.      Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Suami adalah penjaga (pemimpin) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga (pemimpin) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya”
(Riwayat Al-Bukhari)

4.     Ya Rasulullah, apakah hak isteri ke atas kami? Sabda Rasulullah s.a.w. hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan hendaklah memberi pakaian kepadanya seperti mana engkau berpakaian”
(Riwayat Abu Daud dan al-Nasa’)


Ok, kepada semua lelaki, jom jadikan perkara-perkara atau ciri-ciri di bawah ni sebagai halatuju sebagai seorang mukmin sejati atau KPI (Key Performance Index) kita, selagi mana kita bernafas di dunia ni..

1. Melaksanakan perintah agama. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu.     
    Menjaga aurat dan memakai pakaian yang sopan walaupun ketika bersukan.

2. Berakhlak baik, iaitu berperwatakan tegas, tetapi juga seorang yang lembut dan mudah 
    bertolak-ansur. sopan dalam pertuturan.

3. Tegas dalam mempertahankan maruah. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan 
     kredibiliti diri sendiri.

4.  Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6.  Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Menjaga batas pergaulan, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun berkemampuan untuk 
    berbuat sedemikian.

8.  Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Seseorang itu biasanya sangat mudah terpengaruh dengan 
     perilaku orang yang bergaul dengannya. (Bersahabatlah dengan orang yang soleh, tapi tidak 
     meminggirkan orang yang jahil)  

9. Bertanggungjawab. Bukan sahaja bertanggungjawab terhadap diri sendiri, malah juga terhadap keluarga 
    dan ibu bapa kita.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau semasa menghadapi masalah.

 
Untuk pengetahuan korang, list ni aku dapat dari sini dengan sedikit pengubahsuaian.

Wallahu 'alam~~

Monday, 24 June 2013

Alam Kembaraku

Ini entry pertama untuk label Alam Kembaraku. Ruangan yang khas aku selitkan untuk aku mencari diri aku semula. Mencari diri dengan mengimbas peristiwa-peristiwa lama yang pernah terjadi dalam hidup aku. Malah, ruangan untuk aku abadikan peristiwa yang berlaku dalam masa terdekat ni yang mampu memberi kesan dalam hidup aku untuk masa akan datang.



Selalu dengar perkataan ni dulu, short term & long term memory loss. Mungkinkah perkara ini kini terjadi pada aku? Ohh~~ 
Aku perlu tulis benda-benda yang berlaku dalam hidup aku! Bukan untuk maklumkan pada semua orang mengenai kisah hidup aku, tapi tujuan sebenar untuk elakkan ia lenyap ditelan masa.
   
Sebenarnya, sentiasa sukar untuk aku flashback semula memori kisah silam yang pernah mewarnai hidup aku sebelum ni. Kadang-kadang terasa seperti aku cuma hidup dalam masa sekarang. Sehinggakan, aku tak ingat banyak peristiwa yang pernah jadi pada aku sebelum ni.

Secebis memori yang masih berbaki dalam otak aku ni pun seakan-akan jigsaw puzzle yang banyak lompong-lompongnya. Aku percaya, memori itu masih ada di situ, cuma tinggal lagi untuk aku paksa memori tu untuk datang kembali dan susun semula supaya terhasil jigsaw puzzle yg lengkap, yang mampu membuatkan aku mengenal diri sendiri & penciptaku. Ya, inilah alam kembaraku!

Saturday, 22 June 2013

Injap Jantung Rosak

Salam..
Manusia biasanya belajar sesuatu daripada benda-benda yang berlaku pada persekitarannya.
Begitu juga aku. Hari ni aku dapat tahu, bapa kepada salah seorang staff aku telah ditempatkan di wad selama hampir seminggu (secara tepatnya 5 hari, sewaktu entry ini ditulis), disebabkan masalah jantung rosak. Hmm.. memang aku tak pernah dengar penyakit tu selama ni, so aku ambil sedikit masa untuk google info berkaitan penyakit tu.

Berdasarkan tanda-tanda sakit yang bapa staff aku tu alami, dan aku compare dengan result finding aku tu, kemungkinan paling hampir adalah beliau menghadapi masalah injap jantung rosak. Mungkin, staff aku tu tak berapa dengar doktor yang merawat bapa dia tu sebut perkataan injap masa dimaklumkan keadaan bapa dia tu. By the way, aku bukan doktor untuk sahkan penyakit yang bapa dia alami, cuma mahu tahu sedikit info berkaitan penyakit injap jantung rosak ni. Apakah ia? Punca? Tanda awal? Kaedah rawatan?

So, hasil pembacaan ringkas aku dari sini mendapati:

Jantung mempunyai 4 injap - injap tricuspid, pulmonary (injap sabit), mitral (bicuspid) dan injap aorta (juga injap sabit). Injap-injap ini berfungsi bagi membenarkan aliran darah secara satu hala sahaja.


Injap Jantung Rosak atau dalam bahasa Inggerisnya "Valvular Heart Disease" secara umumnya terbahagi kepada 2,
1- Congenital - ada sejak lahir.
2- Acquired - terjadi selepas lahir disebabkan sebab2 tertentu, biasanya orang dewasa namun kanak2 juga boleh terjadi.

Ada 2 mekanisma yang menyebabkan berlakunya masalah injap jantung rosak ini, iaitu:

1. Stenosis - injap semakin menyempit.

Ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya seperti banyak lemak (sclerosis - pengerasan injap), penyakit2 jangkitan dan lain2. Kesannya, ketika darah dipam, injap ini susah nak terbuka, maka jantung perlu mengepam lebih kuat sebab nk push darah tu. Kesannya juga, tekanan darah yang dipam tu meningkat tinggi. Contoh mudah macam paip air getah la, cuba ketika air mengalir kita picit kat hujung bagi jadi kecik/sempit, air memancut lebih kuat kan?

2. Insufficiency - injap semakin lemah/kendur.

Fungsi injap adalah memastikan darah mengalir one-way, so bila darah nak reverse injap akan tertutup menghalang darah. Tetapi dalam kes injap insufficiency ini, injap tak dapat tertutup, so akan ada "regurgitation" iaitu backflow - darah mengalir ke belakang balik. So bila darah mengalir ke belakang, ia akan terkumpul di ruangan jantung sebelumnya semula, so jantung kena pam lebih kuat lagi lah (sebab darah makin banyak). Kedua2nya menyebabkan jantung perlu pam lebih kuat, ianya menambah beban kepada jantung. Lama kelamaan jantung akan semakin kuat dan membesar, diberi nama "hypertrophy", tetapi ini mekanisma kompensatif sementara sahaja. Setelah beberapa ketika, jantung akan semakin penat, ia tak dapat lagi pam dengan kuat. Ia akan menjadi semakin lemah, menyebabkan "lemah jantung" atau istilahnya, heart failure.

Kaedah Rawatan:

Ia bergantung kepada jenis sakit injap jantung yang dihidapi lah. Selain itu faktor2 lain seperti umur pesakit, jantina, penyakit2 lain (kencing manis ke, etc) turut diberi perhatian.

Rawatan mungkin sekadar diberi ubat-ubatan untuk mengawal keadaan.

Jika dalam stenosis, satu prosedur yang diberi nama "balloon valvuloplasty" boleh dibuat (terutamanya jika pesakit muda @ kanak2). Satu "belon" kecil akan dimasukkan ke dalam salur darah aorta (biasanya dari arteri femoral di pangkal paha), menuju ke injap yang tersempit tersebut. Seterusnya setelah tiba, belon tersebut dikembangkan, sekaligus membuka injap tersebut agar tak sempit lagi.

Rawatan gantian injap (valve replacement) biasanya diberikan sekiranya pesakit masih belum ke tahap lemah jantung (heart failure). Ianya satu major surgery yang ada risiko yang agak tinggi (Open Heart Surgery). Dalam rawatan ini, injap jantung yang lama akan dipotong dan digantikan dengan injap baru. Injap baru biasanya ada 3 jenis - artificial/sintetik, bovine (diambil dari injap jantung lembu), atau porcine (diambil dari injap babi).

Tindakan / Cara Mencegah / Cara mengelakkan penyakit dari bertambah serius:

1. Elakkan dari aktiviti fizikal yang kuat
2. Elakkan dari stress. Jaga pemakanan. Buat appointment dengan doktor secara berkala untuk monitor tahap perkembangan penyakit.

Sumber:
http://komuniti.iluvislam.com/topic/6535-injap-jantung-rosak/

Saturday, 15 June 2013

Kencing manis- Cara Mencegah dan Kaedah Rawatan

Info-info ini adalah sebagai perkongsian maklumat sahaja.
Sila rujuk pakar kesihatan yang bertauliah.

Cara mencegah diabetes (secara umum):

1- Pengambilan makanan dan diet seimbang,
2- Melakukan senaman dengan kerap
3- Mengawasi kadar gula dalam darah
4- Tidak merokok
5- Mengawal berat badan.

Cara mengawal pengambilan makanan bergula secara berlebihan:

1- kawal keinginan membeli makanan bergula, dan tukar keinginan itu kepada buah-buahan dan sayur-sayuran.

2- Banyakkan minum air kosong. Teorinya, minum air kosong ni boleh mencegah keinginan untuk menikmati sesuatu hidangan , baik makanan bergula atau makanan yang lain .
Tapi, dah alang-alang nak menjaga kesihatan , sebaiknya diamalkan minum air suam, bukannya air sejuk.
Kenapa?

"Ahli sains percaya air yang sejuk akan mengentalkan lemak dalam makanan yang baru diambil dan menyukarkan sistem pencernaan lemak dalam badan. Ini selanjutnya menyukarkan pengeluaran bahan buangan lemak dari dalam badan. Pengambilan air yang suam pula sebaliknya akan membantu mencairkan lelemak dalam makanan yang diambil dan memudahkan pencernaan."

© Utusan Melayu (M) Bhd

Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari (2 liter) adalah mencukupi tetapi adakah ia benar?

Aku terjumpa formula pengiraan keperluan air dalam badan dalam website ni, http://pama.karangkraf.com/mobile/famili/air-kosong-untuk-tubuh-1.115024:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Jadi, berat badan aku ialah 60 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter
60kg ÷25kg =2.4 liter.

Jadi, secara kasarnya, betul la pendapat tu untuk aku.

3- Minum teh herba. Teh juga boleh mencegah masalah gigi berlubang dan kanser perut(disebabkan kandungan anti oksidan dalam teh hijau)

4- Mengambil supplemen:

a)vitamin C- mengawal kebiasaan mengambil makanan bergula.
Contoh sumber semulajadi: buah oren & kiwi.

b) magnesium- membantu mengatur tahap gula dalam darah. Contoh sumber semulajadi: sayuran berdaun hijau , kekacang , bijirin , ikan dan daging

5. Makan sedikit tetapi kerap untuk sepanjang hari .

- Makan secara teratur akan memberikan tubuh tenaga sepanjang hari , dan mengatur tahap gula di dalam darah . Ini kerana gula dapat memasuki aliran darah secara berperingkat .
- Pilihlah makanan yang tinggi kandungan seratnya . Semakin tinggi kandungan serat , semakin lambat gula masuk kedalam aliran darah .
- Pilihlah sayuran hijau sebagai pengganti makanan bergula .

6. Pilihlah makanan daripada bahan pemanis semulajadi seperti madu . Makanan yang berasal daripada bahan pemanis semulajadi merupakan salah satu alternatif terhadap gula yang diproses. Pemanis semulajadi banyak diperolehi dalam bentuk sirap dan merupakan salah satu jenis makanan yang menyihatkan tubuh badan . Bahkan , ia juga mengandungi lebih banyak nutrisi jika dibandingkan dengan gula biasa .

7. Jaga keseimbangan hormon tubuh . Gula dan makanan yang mengandungi kabohidrat tinggi seperti pasta dan nasi putih akan segera diubah menjadi gula di dalam darah dan akan menyebabkan kadar insulin naik . Oleh kerana itu , sebaiknya pola makanan anda harus terdiri daripada protein , kabohidrat dan lemak yang seimbang . Lemak dan potein akan menghalang penyerapan kabohidrat di dalam aliran darah. Jadi, sumber tenaga yang lebih stabil dapat dibekalkan kepada badan.

8. Baca label makanan terlebih dahulu. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah:

a) Kadar gula. Ia juga kadangkala disebut sebagai sukrosa , glukosa maltosa , fruktosa dan sebagainya.
b) karbohidrat. Makanan yang tinggi kandungan kabohidrat boleh menyebabkan tubuh badan mendapat gula yang tinggi .
c) Berhati – hati juga dengan makanan yang berlabel sugar free . Ini kerana , kebiasaanya makanan ini mungkin mempunyai tambahan gula . Manakala makanan yang berlabel fat free selalunya menggunakan gula penganti rasa yang hilang ketika lemak tiada.

Rawatan

1. Rawatan moden.

Matlamat utama dalam rawatan penyakit kencing manis adalah untuk mengurangkan tahap gula dalam darah, dari kadar yang luar biasa ke tahap gula lebih rendah dan normal.

Penyakit kencing manis jenis 1 boleh dirawat dengan pengambilan insulin, senaman dan pemakanan sihat dan seimbang.

Penyakit kencing manis jenis 2 pula boleh dirawat dengan penurunan berat badan, mengamalkan diet sesuai dan aktiviti senaman yang konsisten.

Jika langkah ini gagal mengawal kadar gula darah yang tinggi, ubat-ubatan hospital boleh digunakan.
Jika ubatan masih tidak mencukupi untuk mengawal kadar gula dalam darah, maka rawatan dengan suntikan insulin boleh digunakan.

2. Rawatan penyakit kencing manis dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran seperti berikut:

Surah Al-Anbiya’ ayat 62 hingga 73 Surah An-Nahli ayat 66 hingga 74 Surah Huud ayat 46 hingga 53
Surah Al-Kahfi ayat 28 hingga 44
Surah Al-Qasas ayat 29 hingga 40
Surah Al-Maidah ayat 62 hingga 75

Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut adalah pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Anbiya’ dan surah kedua iaitu surah An-Nahli .
Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu.
Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah untuk penyembuhan.
Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan tersebut dengan surah berikutnya.


Sumber:
1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kencingmanis_70_risikobuta_kudung/Article/
2. http://springsuduce.wordpress.com/
3. http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_05/Merawat-diabetes#ixzz2WLFTJqix
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_kencing_manis

Kencing manis - Tanda-tanda awal, punca dan risiko

Salam, disebabkan aku tertarik dengan tajuk utama Berita Harian hari ini, "Kencing manis: 70% risiko buta, kudung", aku meluangkan sedikit masa untuk google beberapa artikel berkaitan tajuk ini, untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.

Kencing manis atau diabetes adalah satu keadaan yang berlaku apabila tahap gula dalam darah lebih tinggi daripada biasa. Kencing manis berlaku apabila pankreas dalam badan tidak menghasilkan insulin atau apabila badan kita sudah tidak sensitif dengan insulin dalam badan.
Apabila insulin gagal dihasilkan atau tidak berfungsi dengan baik, ia tidak dapat membawa masuk glukos atau gula ke dalam sel dan tisu badan kita sebagai simpanan.
Akibatnya, darah akan mempunyai kadar gula yang terlalu tinggi untuk sel-sel badan kita.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_05/Merawat-diabetes#ixzz2WLDpbxci
© Utusan Melayu (M) Bhd


Berdasarkan  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), paras kandungan gula dalam darah yang ideal adalah kurang dari 6.5%

Secara amnya, seseorang dianggap menghidap penyakit kencing manis apabila kadar gula dalam darah semasa berpuasa lebih daripada tahap 7 atau kadar gula selepas makan adalah daripada tahap 11.

Risiko yang perlu dihadapi sekiranya paras kandungan gula dalam darah yang tinggi adalah:
1- buta
2- strok
3- kegagalan jantung dan buah pinggang
4- kudung disebabkan strok/gangren

Punca:

Di antara punca utama penyakit kencing manis yang dikenal pasti adalah:
1- berat badan berlebihan (obesiti)
2- faktor keturunan
3- tahap kolesterol tinggi
4- stres atau tekanan emosi berlebihan dan berterusan
5- pengambilan alkohol yang banyak
6- amalan pemakanan tidak berkhasiat atau tidak seimbang
7- kurang membuat aktiviti fizikal (senaman)
8- tekanan darah tinggi.

Selalunya, sesiapa yang mempunyai lebih daripada satu punca yang disebut tadi mempunyai risiko tinggi untuk menghidap kencing manis.

Kenapa pengambilan gula berlebihan perlu dielakkan?

"Setelah mengambil makanan bergula, seseorang akan mengalami pertambahan tenaga , namun setelah beberapa ketika , tahap gula di dalam darah akan turun sehingga membuatkan kita semakin ketagihan gula . Ini berlaku kerana tubuh telah terbiasa memiliki tahap gula dalam darah yang tinggi . Terlalu banyak gula akan melemahkan sistem kekebalan dan tubuh mudah berasa letih ."

Tanda-tanda awal:

1- Penurunan berat badan mendadak,
2- luka lambat sembuh
3- sering buang air kecil
4- selalu lapar dan haus yang luar biasa
5- kabur penglihatan
6- rasa kebas di kaki dan tangan
7- otot lemah
8- sentiasa letih
9- cepat marah dan bagi wanita
10- gatal di bahagian kemaluan.
Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.

Saturday, 1 June 2013

Perbandingan Harga Barang & Servis

Entry kali ni bertujuan mewujudkan database utk rujukan aku pada masa akan datang berhubung dengan surveys yang aku pernah buat di kedai-kedai berdekatan rumah aku untuk tahu harga items tertentu (apa saja perkara~ cth: alat ganti kereta/ alat ganti motor / barang-brang elektronik/ barang-barang elektrik/ perobot/ servis dan sebagainya) yang aku perlu tukar/guna nanti.

Enty ni akan aku update dari masa ke semasa  bergantung kepada keperluan items tu terhadap aku.


Perkara Jenama / Model Harga Lokasi Kedai Catatan
Bateri Kereta
Tayar Kereta Dunlop 15",60 RM 198/pc Sime Tyre, TPG, Banting
Falken 15",60 RM 185/pc BT Tyre, TPG
Rapid 15",60 RM 165/pc BT Tyre, TPG