Pages

Thursday, 20 September 2012

Coretan Sulung



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ini adalah coretan sulung aku, sebagai pembuka bicara.
Entah kenapa tiba-tiba rasa macam nak tulis blog...

Mungkin mengikut perkembangan zaman, mungkin juga untuk meluahkan apa yang aku rasa, atau mungkin untuk aku jadikan sebagai buku nota online untuk aku atau sesiapa sahaja yang tersesat di blog ni.

Aish, mana pula perginya buku nota aku ni? (letak merata-rata, may be dalam kotak)

Hilang pulak jurnal perjalanan yang aku tulis hari tu..(mungkin terselit kat celah-celah file agaknya)

Susahnya nak trace balik mesej penting yang tulis itu hari, tak tau dalam buku mana..banyak sangat buku nota yang tulisan cam cakar ayam ni..(leceh gila kalau nak buat index setiap apa yang aku tulis)

Kalaulah aku dapat kongsi ayat/fakta/petikan yang aku baca ni..kan bagus..at least dapat sampaikan benda yang baik kepada orang lain..(kali ni, aku taip jurnal / penemuan aku dalam Microsoft Word & simpan dalam laptop je, tapi terfikir hal ni pulak)

“Betul ke fakta / info yang aku dapat ni? kalau la ada orang yang boleh sahkan kesahihannya..”

Suatu hari, aku tersedar yang blogging boleh menjadi penyelesaian untuk masalah yang pernah aku hadapi (macam yang kat atas tu);- dijadikan sebagai buku nota online yang senang untuk aku trace balik hasil tulisan aku DAN sebagai medium untuk meluahkan atau berkongsi pandangan atau fakta.

Salah satu buku nota aku yang dijumpai semula setelah sekian lama tersorok

Memang blog ni sekadar rujukan untuk aku pada masa akan datang, namun tak mustahil kalau ada yang sampai di blog ni gara-gara enjin pencarian spt google, yahoo dll..Cuma harapan aku jangan blog ini nanti disalah tafsir oleh korang pula, kerana aku hanya sekadar berkongsi, aku bukan penulis professional, bukan juga seorang journalis terlatih, jauh sekali seorang ahli sastera..

Andaikata entry akan datang kelak ada ilmu/informasi yang dapat memberi maklumat kepada korang, aku sangat bersyukur kerana bak kata ustaz Hasrizal, “Erti Hidup pada Memberi”.. Amin...   

No comments:

Post a Comment