Pages

Friday, 31 May 2013

Info Berkaitan Tayar Kereta

Semalam aku servis kereta Persona aku kat BT Tyre (Bandar Botanik), sekali bila inspect tayar,
tgk2 tayar depan aku dah nampak benang kat certain area. Senang cerita, dah rosak la 2 biji tayar depan tu.
Punca, allignment lari. So, mmg tak dinafikan, sejak aku kerja di Port Klang ni, memang banyak lubang yang aku terpaksa redah setiap hari, gara-gara keadaan jalan yang agak teruk..
and sejak satu setengah tahun lepas, tak pernah buat allignment masa servis kereta.

So, ini la akibatnya, tup-tup, terus kena tukar tayar 2 biji. Tapi kalau nak diikutkan, bunga tayar ni pun dah nak habis dah. Mileage sekarang 60031km. 

Ok, sebelum tukar, aku sempat google beberapa info berkaitan tayar kereta supaya ada sikit basic info dan tak de la tertipu dengan mekanik tu nanti...


Jadi, ni profile tayar Persona aku sekarang (sebelum ditukar):


Jenama : GOOD YEAR Eagle NCT 5
195/60R15 88V
Lebar: 195 mm
Nisbah aspek: 60% (lebar : tinggi)
Bentuk binaan tayar: Radial
Diameter Rim: 15"
Indeks beban : 88, jadi had berat : 560
Kadar kelajuan : V (240 km/h)

Untuk survey harga tayar kat kedai2 tayar, just sebut diameter rim and nisbah aspek je,
iaitu tayar 15" 60 .. tau la orang kedai tu nak quote harga nanti..

Dan yang paling penting kena tahu simbol/kod ni kat tayar : 2810 
iaitu 2 digit pertama menunjukkan minggu ke berapa dalam tahun tersebut tayar
ini dibuat dan dua digit terakhir pula mewakili tahun tayar ini dibuat.

Maka tayar aku ni dibuat pada minggu ke 28 dalam tahun 2010, dan sepatutnya perlu ditukar
pada tahun 2014 (biasanya tayar boleh digunakan untutk tempoh 4 tahun, walaubagaimanapun ia bergantung kepada keadaan bunga tayar itu sendiri).

Menurut sumber dari miros-road-safety.blogspot, penggunaan tayar yang melebihi tarikh luput perlu dielakkan kerana tayar itu boleh meletup dengan sendiri terutamanya jika cuaca panas terik, sebabnya getah akan menjadi keras dan merekah.

Ada juga info tambahan iaitu,
Thread 5 piles (2 polyester cord + 2 steel cord + 1 nylon)
Sidewall 2 piles (polyester cord)

Max Load : 560 kg (1235 lbs)
Max Pressure: 300 kPa (44 psi).